Rabu, Februari 04, 2009

PECAHKAN RUYUNG BARU DAPAT SAGUNYA

Keinginan dan kemahuan akan membentuk masa hadapanku. Sama berjaya atau gagal mencapainya, tiada siapa yang patut dipersalahkan melainkan diri aku sendiri. Hanya aku yang menentukannya. Aku perlu berusaha mengatasi apa jua halangan atau aku akan sesat dalam dunia yang penuh dengan cabaran. Pilihan yang aku buat adalah tanggungjawabku sepenuhnya. menang atau kalah, berjaya atau tidak, benar atau salah. Aku yang menentukan hala tuju hidupku hari ini, esok ataupun akan datang.


Aku perlu mengubah cara berfikir. Mengharap takkan mungkin akan dapat, menanti takkan mungkin akan kemari. Oleh itu, aku perlu menggerakkan segala kudratku untuk mengubah hidup aku dan keluargaku. Aku yakin dalam masa 3 tahun mulai hari ini aku pasti mencapai impian dalam hidup. Insya-Allah.


Kepada anda semua, anda akan dapat apa yang anda impikan. Yakinlah dengan impian anda. Marilah bersama mengejar impian. Ambillah dan mulakan langkah anda hari ini bersama saya, jangan sampai selepas ini, kita hanya mendengarnya atau melihat sahaja kejayaan orang lain. Kita bila lagi?????.


Yakin boleh pasti boleh. Jumpa anda di puncak kejayaan.


Ainamirah Enterprise

Hubungi: ainamirah3397@yahoo.com

Tel/SMS: 0148022542



Tiada ulasan:

Catat Ulasan